AHLAN WASAHLAN

BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN PENGGUNA UPSI SESI 2010/2011

Wednesday, January 5, 2011

Sambutan tahun baru 2011

Ketibaan Tahun Baru 2011 disambut dengan meriah di seluruh dunia. Persembahan bunga api menjadi penyeri utama semasa tibanya detik 12 malam, 1 Januari 2011.
Kebanyakan bandar-bandar utama di seluruh dunia dibanjiri oleh penduduknya yang mahu turut sama mengira detik ke tahun baru dan menyaksikan kemeriahan sambutan Tahun Baru 2011. Pelbagai ragam dan tingkah manusia dapat dilihat, sama ada yang menyejukkan mata sehinggalah yang menjelikkan mata. 



BERASASKAN peredaran bulan dan matahari manusia mencipta kalendar Hijriah dan Masehi. Bagaimanapun, kalendar Masehi lebih banyak digunakan dalam pelbagai urusan, manakala kalendar Hijriah sesekali saja dan itu pun untuk tujuan keagamaan.

Apa pun, kedua-dua sistem kalendar itu atas ketentuan Allah. Ayat 5, surah Yunus bermaksud: *Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya. Dialah yang menentukan perjalanan setiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa....*

Rasulullah menetapkan umat Islam mesti mengikut peredaran bulan bagi menentukan bulan dan tahun mereka, bukannya peredaran matahari. Ia bertepatan dengan sabda baginda yang menjelaskan setiap bulan sama ada 29 atau 30 hari.

Jika mengikut kalendar Masihi, kita kini berada di tahun baru. Bagi manusia yang waras, ketibaan tahun baru ini sudah tentu menjadi satu kebanggaan, tidak kira mereka hamba yang taat, suka melakukan maksiat, kufur terhadap Allah atau langsung tidak mempunyai ideologi.

Kebanggaan ini dapat dilihat apabila pelbagai acara sambutan diadakan dan dalam kepelbagaian acara ini, ada yang menjurus kepada keredaan Allah dan tidak kurang pula terjebak dengan unsur maksiat.

Hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya lagi. Mereka juga istiqamah pada landasan pengabdian.

Mereka yang lalai lazimnya menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta yang boleh mendatangkan unsur syirik dan maksiat. Golongan ini, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk.

“Apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati (azam) maka bertawakkallah kepada Allah.” (Ali-Imran: 159) 
“Dan bertawakkallah engkau kepada Tuhan yang hidup, tiada mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya.” (Al-Furqan: 58)
 “Dan kepada Allah-lah hendaknya berserah diri orang-orang yang beriman.” (Ibrahim: 11)

Semoga tahun baru ini lebih memberikan manfaat kepada kita dan meyumbangkan generasi pewaris ad-Deen yang mulia ini. Apabila hati telah padu dan jitu dalam melakukan sesuatu, maka selainnya diserahkan kepada ketentuan Allah jua. Dia Yang Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


Saturday, November 27, 2010

|| MEE SEGERA ||

Persatuan Pengguna Pulau Pinang – Jauhi mi segera elak penyakit kronik
Sumber: Sinar Harian
GEORGETOWN – Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.
Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari.
“Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan.
“Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam.
 
PERSATUAN PENGGUNA UPSI - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords